Monday 26 September 2011

Seminar Hala Tuju IBS










Tempat : MS Garden Hotel
Tarikh : 16 Julai 2009
Masa : 8.30 pg - 5.30 ptg

Seminar Hala Tuju Industrialised Building System (IBS) anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Caw Negeri Pahang & Gabungan Persatuan Cina telah menarik sebanyak 280 peserta terdiri dari kalangan kontraktor dari pelbagai latar belakang dan agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan & Maran dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.



Seminar ini bertujuan meningkatkan pengetahuan para kontraktor dalam bidang IBS yang bakal digunapakai di masa akan datang. Dengan pengetahuan yang disampaikan, para kontraktor dapat mempersiapkan diri dengan ilmu IBS tersebut.


Seminar seperti ini merupakan kali kedua anjuran bersama dengan CIDB. Seminar ini memberi 8 Mata CCD bagi memperbaharui Perakuan pendaftaran CIDB. Peserta dikenakan RM 50 bagi yang mempunyai Kad Hijau yang tamat tempoh selepas 16 Julai 2009 dan RM 70 bagi yang tamat tempoh sebelum seminar atau tiada Kad Hijau.


Hakimah, Fadlina, Bazilatul Shairah - Staff PKMM bersama Ang Sook Chin & Chin Kaun Yew - staff Gabungan Persatuan Cina menjadi urusetia bagi pendaftaran kehadiran 274 peserta dari kalangan kontraktor. Keadaan agak sesak ketika sesi pendaftaran kehadiran peserta yang datang dari seluruh pelusuk Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment