Wednesday 20 June 2012

JEJAK 2012 Memacu Agenda Bumiputera

Tarikh : 19 - 20 Julai 2012



Sepanjang dua hari ini, telah berlangsung program Jejak 2012 Memacu Agenda Bumiputera di Dewan Cashmere Hotel Zenith, Kuantan Anjuran TERAJU - ECERDC di mana Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan program ini bagi menggantikan Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang pergi menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Mantan Timbalan Menteri Besar. Seramai lebih kurang 1000 orang telah hadir ke program ini yang rata-ratanya di kalalangan peniaga dalam pelbagai bidang termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan. Di samping itu, beberapa peniaga telah dianugrahkan sijil ECER dan Sirim kerana penyertaan mereka yang mantap dalam perniagaan. 



  


  
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan membantu para peniaga dan usahawan bumiputera dalam memantapkan perniagaan keusahawanan mereka supaya dapat bersaing bersama dengan kaum lain dalam menongkah arus perdana. beberapa taklimat telah disampaikan oleh agensi-agensi kerajaan dan institusi kewangan dalam membuka pandangan mereka tentang aspek-aspek penting dunia perniagaan keusahawanan.

Di hari pertama, Taklimat 'Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera' telah disampaikan oleh En. Husni Salleh, Ketua Eksekutif Teraju yang mana mendedahkan program transformasi kerajaan untuk ekonomi bumiputera selaras dengan konsep 1 Malaysia. Selepas itu Ucapan 'Peranan ECERDC Seraca Umum dan Peluang-peluang di ECER disampaikan oleh  En. Zulkifli Ya'acob (Pengurus Besar Bahagian Pembanguan Sosial ECERDC). 



Di sebelah petang pula Forum Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera : Isu, Cabaran dan Prospek. Forum ini diacarakan oleh En Norizan Sharif (pengarah Kanan, Pengurusan Stakeholder Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri) selaku moderator bersama dengan panel-panelnya iaitu En. Kamarul Ariffin Ujang (Pengarah Seksyen Pengagihan Unit perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri), En. Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Sektor Pendidikan MARA), Dato' Abdul Rahim Hassan (Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional), Datuk kamarul Ariffin Othman (Pengerusi MAPPM).

Keesokannya, Taklimat 'Peluang Untuk Bumiputera di ECERDC yang disampaikan oleh En. Zulkifli Ya'acob (Pengurus Besar Bahagian Pembanguan Sosial ECERDC) yang menerangkan pelbagai insentif ECER untuk peniaga & usahawan. kemudian Talimat ' Peluang Untuk IKS' yang disampaikan oleh wakil dari TERAJU (Program Teras & Dana Mudah Cara), SME Corp (Score Rating), SME Bank (Pinjaman & Skim inkubator Kilang) & MIDF (SME Soft Loan). Disebelah petang pula, taklimat ' Peluang Untuk Mikro Entepris' yang dikupas oleh wakil dari PUNB (Prosper Teras), PNS (peluang Francais), MARA (Pinjaman Spike), MOA (Mardi/ Fama), KPDNKK (Program Tukar/ATOM) & Sirim/Agrobank/Bank Rakyat/BSN (Program Pembangunan Keusahawanan ECER)












Selain itu juga, terdapat dewan pameran di Dewan Organza yang disertai pelgal agensi kerajan,swasta, institusi kewangan dan pengusaha IKS.





Friday 2 March 2012

KONVENSYEN EKONOMI NEGERI PAHANG 2012

Tarikh   : 29 Feb - 1 Mac 2012
Masa     : 8.00 A.M - 5.30 P.M
Tempat : Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith




Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Pahang, Dato' Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob pada hari pertama konvensyen dan dihadiri lebih dari 1000 orang terdiri daripada golongan politik, koprat, pegawai kerajaan, pihak swasta, persatuan dan institusi pengajian tinggi. Turut hadir 3 panel yang dijemput iaitu Dato' Sri Dr. Jamaluddin b Dato' Mohd Jarjis yang membentangkan tajuk "The World Economic, Social & Political Scenarios", Dato' Jebasingam Issace John yang membincangkan tentang "Peluang Pelaburan &Insentif Projek-projek Bernilai Tinggi di Pahang" dan Mr. A.H. Ong yang berkongsi pengalaman beliau dalam " Home Grown Small Medium Industry Business Operation"


Dato' Sri Dr. Jamaluddin b Dato' Mohd Jarjis

Mr. A.H. Ong
 
Dalam ucaptama Menteri Besar yang bertemakan "Pahang Menjana Transformasi", beliau menerangkan 4 indikator dalam Tranformasi Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Najib bin Tun Abdul Razak iaitu, Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Pelan Induk dan RMK-10. Beliau berharap konvensyen ini dapat mengkukuhkan ikatan antara pihak kerajaan dan pihak sektor bagi sama-sama mencari jalan transformasi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negeri Pahang. Selain itu juga beliau berharap program ini menjadi indikator utama dalam menarik pelabur luar ke Pahang.


Dalam konvensyen tersebut terdapat 9 sektor yang dibincangkan antaranya bidang Pembuatan, Pertanian, Pelancongan, Infrastruktur, Perumahan, Pendidikan, Latihan Kemahiran, Utiliti, Teknologi Hijau, ICT, Bioteknologi, Pembangunan Luar bandar dan Seni Kreatif bersama Moderator, 3-4 panel dan sebilangan peserta bagi mendengar cadangan dan masalah yang dihadapi. 


Pada Hari Ke-2, majlis diteruskan dengan  kehadiran lebih dari 700 org di mana sesi pembukaan dimulakan untuk meneliti sebarang perkara berbangkit yang masih belum diluahkan sebagai penambahan kepada yang sedia ada. Selepas itu, konvensyen diteruskan dengan ucapan penggulungan oleh Menteri Besar Pahang.





Pada waktu malam pula (29/3/12) diadakan jamuan makan malam secara buffet diselangi dengan nyanyian dan acara cabutan bertuah sebanyak 50 hadiah ditawarkan (barangan samsung dan iphone).  

Jamuan Makan Malam

Wakil PKMM Pahang