Wednesday 20 June 2012

JEJAK 2012 Memacu Agenda Bumiputera

Tarikh : 19 - 20 Julai 2012



Sepanjang dua hari ini, telah berlangsung program Jejak 2012 Memacu Agenda Bumiputera di Dewan Cashmere Hotel Zenith, Kuantan Anjuran TERAJU - ECERDC di mana Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan program ini bagi menggantikan Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang pergi menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Mantan Timbalan Menteri Besar. Seramai lebih kurang 1000 orang telah hadir ke program ini yang rata-ratanya di kalalangan peniaga dalam pelbagai bidang termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan. Di samping itu, beberapa peniaga telah dianugrahkan sijil ECER dan Sirim kerana penyertaan mereka yang mantap dalam perniagaan. 



  


  
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan membantu para peniaga dan usahawan bumiputera dalam memantapkan perniagaan keusahawanan mereka supaya dapat bersaing bersama dengan kaum lain dalam menongkah arus perdana. beberapa taklimat telah disampaikan oleh agensi-agensi kerajaan dan institusi kewangan dalam membuka pandangan mereka tentang aspek-aspek penting dunia perniagaan keusahawanan.

Di hari pertama, Taklimat 'Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera' telah disampaikan oleh En. Husni Salleh, Ketua Eksekutif Teraju yang mana mendedahkan program transformasi kerajaan untuk ekonomi bumiputera selaras dengan konsep 1 Malaysia. Selepas itu Ucapan 'Peranan ECERDC Seraca Umum dan Peluang-peluang di ECER disampaikan oleh  En. Zulkifli Ya'acob (Pengurus Besar Bahagian Pembanguan Sosial ECERDC). 



Di sebelah petang pula Forum Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera : Isu, Cabaran dan Prospek. Forum ini diacarakan oleh En Norizan Sharif (pengarah Kanan, Pengurusan Stakeholder Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri) selaku moderator bersama dengan panel-panelnya iaitu En. Kamarul Ariffin Ujang (Pengarah Seksyen Pengagihan Unit perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri), En. Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Sektor Pendidikan MARA), Dato' Abdul Rahim Hassan (Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional), Datuk kamarul Ariffin Othman (Pengerusi MAPPM).

Keesokannya, Taklimat 'Peluang Untuk Bumiputera di ECERDC yang disampaikan oleh En. Zulkifli Ya'acob (Pengurus Besar Bahagian Pembanguan Sosial ECERDC) yang menerangkan pelbagai insentif ECER untuk peniaga & usahawan. kemudian Talimat ' Peluang Untuk IKS' yang disampaikan oleh wakil dari TERAJU (Program Teras & Dana Mudah Cara), SME Corp (Score Rating), SME Bank (Pinjaman & Skim inkubator Kilang) & MIDF (SME Soft Loan). Disebelah petang pula, taklimat ' Peluang Untuk Mikro Entepris' yang dikupas oleh wakil dari PUNB (Prosper Teras), PNS (peluang Francais), MARA (Pinjaman Spike), MOA (Mardi/ Fama), KPDNKK (Program Tukar/ATOM) & Sirim/Agrobank/Bank Rakyat/BSN (Program Pembangunan Keusahawanan ECER)












Selain itu juga, terdapat dewan pameran di Dewan Organza yang disertai pelgal agensi kerajan,swasta, institusi kewangan dan pengusaha IKS.





Friday 2 March 2012

KONVENSYEN EKONOMI NEGERI PAHANG 2012

Tarikh   : 29 Feb - 1 Mac 2012
Masa     : 8.00 A.M - 5.30 P.M
Tempat : Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith




Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Pahang, Dato' Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob pada hari pertama konvensyen dan dihadiri lebih dari 1000 orang terdiri daripada golongan politik, koprat, pegawai kerajaan, pihak swasta, persatuan dan institusi pengajian tinggi. Turut hadir 3 panel yang dijemput iaitu Dato' Sri Dr. Jamaluddin b Dato' Mohd Jarjis yang membentangkan tajuk "The World Economic, Social & Political Scenarios", Dato' Jebasingam Issace John yang membincangkan tentang "Peluang Pelaburan &Insentif Projek-projek Bernilai Tinggi di Pahang" dan Mr. A.H. Ong yang berkongsi pengalaman beliau dalam " Home Grown Small Medium Industry Business Operation"


Dato' Sri Dr. Jamaluddin b Dato' Mohd Jarjis

Mr. A.H. Ong
 
Dalam ucaptama Menteri Besar yang bertemakan "Pahang Menjana Transformasi", beliau menerangkan 4 indikator dalam Tranformasi Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Najib bin Tun Abdul Razak iaitu, Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Pelan Induk dan RMK-10. Beliau berharap konvensyen ini dapat mengkukuhkan ikatan antara pihak kerajaan dan pihak sektor bagi sama-sama mencari jalan transformasi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negeri Pahang. Selain itu juga beliau berharap program ini menjadi indikator utama dalam menarik pelabur luar ke Pahang.


Dalam konvensyen tersebut terdapat 9 sektor yang dibincangkan antaranya bidang Pembuatan, Pertanian, Pelancongan, Infrastruktur, Perumahan, Pendidikan, Latihan Kemahiran, Utiliti, Teknologi Hijau, ICT, Bioteknologi, Pembangunan Luar bandar dan Seni Kreatif bersama Moderator, 3-4 panel dan sebilangan peserta bagi mendengar cadangan dan masalah yang dihadapi. 


Pada Hari Ke-2, majlis diteruskan dengan  kehadiran lebih dari 700 org di mana sesi pembukaan dimulakan untuk meneliti sebarang perkara berbangkit yang masih belum diluahkan sebagai penambahan kepada yang sedia ada. Selepas itu, konvensyen diteruskan dengan ucapan penggulungan oleh Menteri Besar Pahang.





Pada waktu malam pula (29/3/12) diadakan jamuan makan malam secara buffet diselangi dengan nyanyian dan acara cabutan bertuah sebanyak 50 hadiah ditawarkan (barangan samsung dan iphone).  

Jamuan Makan Malam

Wakil PKMM Pahang

Monday 26 September 2011

Lawatan Go-Green Anjuran CIDB

Tarikh  : 20 September 2011
Lokasi  : Pusat IBS, Pusat CREAM, ABM Wilayah Tengah - Kuala Lumpur &
Bangunan Suruhanjaya Tenaga - Putrajaya
Masa    : 11.00 pg - 5.00 ptg

Lawatan Go-Green yang dianjurkan oleh CIDB Pahang ini disertai 20-25 peserta dikalangan Jabatan Kerajaan (JBA Pahang, dll) , IPTA (Polisas), Badan-badan Persatuan (PKMM Pahang) dll. lawatan ini bertujuan memberi pendedahan yang jelas berkaitan konsep bangunan hijau yang menjadi keutamaan kepada industri pembinaan bangunan yang menghasilkan kesan yang positif kepada Negara khususnya Alam Sekitar. 

Semasa lawatan di Pusat IBS Kuala Lumpur peserta diberi penerangan oleh Ir. Noraini Bt Bahri (Pengarah CIDB) tentang konsep pembinaan sistem IBS iaitu Formwork System, Steel Frame System, Hybrid-Prefab Timber & Steel Structure, Block System dll. Beliau turut menerangkan bahawa sebarang projek pembinaan mestilah terdiri daripada 70 % sistem IBS dan jenis penglibatan golongan Bumiputra dalam industri ini. Selepas itu kami dibawa melawat contoh produk IBS yang telah dihasilkan dan rumah contoh di sini. 

Contoh Produk IBS


















             

Galeri IBS

   



     

    

    



  

                                                                  
Rumah Contoh









Di Pusat CREAM, kami didedahkan dengan peralatan teknologi terkini yang mana antara peralatan yang ditunjukkan ialah mesin penguji logam (keluli,besi dll) dan Cip penguji blok acuan semen-konkrit. Mesin penguji logam ini akan menguji kekuatan logam yang dihasilkan daripada pengilang tempatan dan yang dibawa masuk dari luar negara supaya logam tersebut mencapai piawaian yang ditetapkan. Cip penguji blok acuan pula akan menguji kekuatan blok semen bangunan oleh kontraktor dan data lengkap yang diperolehi akan diproses secara online serta menjimat masa berbanding proses manual. 

    Mesin Penguji Logam                            Makmal Penguji Blok Semen

Di Bangunan Suruhanjaya Tenaga, En Halim memberi penerangan pembinaan Bangunan Suruhanjaya Tenaga yang menekankan aspek penjimatan tenaga dan air serta mesra alam. Bentuk bangunan seperti kristal/kaca cermin direka untuk memastikan pencahayaan dari luar masuk terus ke dalam bangunan serta dapat menerangkan seluruh kawasan dalam bangunan. Selain itu, Bangunan ST turut dilengkapi sistem solar untuk menjana tenaga elektrik dan hanya menggunakan sebahagian sahaja dan sebahagian lagi dijual kepada TNB. 

Beliau turut memberitahu air hujan yang turun di puncak bangunan digunakan untuk tandas dan air terjun di bumbung Pintu Utama. Air dari basuhan tangan dan tempat solat digunakan untuk menyiram tumbuhan yang ditaman sekitar Bangunan  ST dan lebihan akan dibuang tidak boleh disimpan lebih dari tempoh 24 jam. 

Beliau juga menambah bahawa sistem udara dalam bangunan begitu efisien di mana pada waktu malam suhu  dipastikan berada pada paras 18 Celsius dengan menyembur titisan air (Chiller) dengan dibantu bantuan motor kipas. setelah suhu mencapai 20 Celsius motor akan berhenti dan tahap kesejukan bangunan kekal.  Setelah penerangan tersebut kami dibawa melawat kawasan bangunan sehingga ke bumbung.

  Puncak Kristal (dari dalam)                       Bentuk Penjuru Bangunan

Ruang Legar

Model Bangunan ST

Tangki Simpanan Air Hujan

Sistem Solar
                                                                     


Air Terjun