Tarikh : 20 September 2011
Lokasi : Pusat IBS, Pusat CREAM, ABM Wilayah Tengah - Kuala Lumpur &
Bangunan Suruhanjaya Tenaga - Putrajaya
Masa : 11.00 pg - 5.00 ptg
Lawatan Go-Green yang dianjurkan oleh CIDB Pahang ini disertai 20-25 peserta dikalangan Jabatan Kerajaan (JBA Pahang, dll) , IPTA (Polisas), Badan-badan Persatuan (PKMM Pahang) dll. lawatan ini bertujuan memberi pendedahan yang jelas berkaitan konsep bangunan hijau yang menjadi keutamaan kepada industri pembinaan bangunan yang menghasilkan kesan yang positif kepada Negara khususnya Alam Sekitar.
Semasa lawatan di Pusat IBS Kuala Lumpur peserta diberi penerangan oleh Ir. Noraini Bt Bahri (Pengarah CIDB) tentang konsep pembinaan sistem IBS iaitu Formwork System, Steel Frame System, Hybrid-Prefab Timber & Steel Structure, Block System dll. Beliau turut menerangkan bahawa sebarang projek pembinaan mestilah terdiri daripada 70 % sistem IBS dan jenis penglibatan golongan Bumiputra dalam industri ini. Selepas itu kami dibawa melawat contoh produk IBS yang telah dihasilkan dan rumah contoh di sini.
Galeri IBS
Rumah Contoh
Di Pusat CREAM, kami didedahkan dengan peralatan teknologi terkini yang mana antara peralatan yang ditunjukkan ialah mesin penguji logam (keluli,besi dll) dan Cip penguji blok acuan semen-konkrit. Mesin penguji logam ini akan menguji kekuatan logam yang dihasilkan daripada pengilang tempatan dan yang dibawa masuk dari luar negara supaya logam tersebut mencapai piawaian yang ditetapkan. Cip penguji blok acuan pula akan menguji kekuatan blok semen bangunan oleh kontraktor dan data lengkap yang diperolehi akan diproses secara online serta menjimat masa berbanding proses manual.
Mesin Penguji Logam Makmal Penguji Blok Semen
Di Bangunan Suruhanjaya Tenaga, En Halim memberi penerangan pembinaan Bangunan Suruhanjaya Tenaga yang menekankan aspek penjimatan tenaga dan air serta mesra alam. Bentuk bangunan seperti kristal/kaca cermin direka untuk memastikan pencahayaan dari luar masuk terus ke dalam bangunan serta dapat menerangkan seluruh kawasan dalam bangunan. Selain itu, Bangunan ST turut dilengkapi sistem solar untuk menjana tenaga elektrik dan hanya menggunakan sebahagian sahaja dan sebahagian lagi dijual kepada TNB.
Beliau turut memberitahu air hujan yang turun di puncak bangunan digunakan untuk tandas dan air terjun di bumbung Pintu Utama. Air dari basuhan tangan dan tempat solat digunakan untuk menyiram tumbuhan yang ditaman sekitar Bangunan ST dan lebihan akan dibuang tidak boleh disimpan lebih dari tempoh 24 jam.
Beliau juga menambah bahawa sistem udara dalam bangunan begitu efisien di mana pada waktu malam suhu dipastikan berada pada paras 18 Celsius dengan menyembur titisan air (Chiller) dengan dibantu bantuan motor kipas. setelah suhu mencapai 20 Celsius motor akan berhenti dan tahap kesejukan bangunan kekal. Setelah penerangan tersebut kami dibawa melawat kawasan bangunan sehingga ke bumbung.
Puncak Kristal (dari dalam) Bentuk Penjuru Bangunan
Ruang Legar
Model Bangunan ST
Tangki Simpanan Air Hujan
Sistem Solar
Air Terjun